Premenstrual Stress Syndrome




Latenight post yes for sure. Sambil menyelam minum air, sambil buat assignment MUET, mari share info.


Lately, Qillah kerap senggugut teruk. Sakit dia memang tak tertahan. Taim nak SPM paper Sains, malam tuh memang worst gila. Dengan diri yang tak terurusnya tahan sakit senggugut ni plus nak buat revision akhir, hanya Allah yang tahu perasaan tuh. Siap mintak jasa baik kwn suruh tuam perut guna iron. Tapi, Qillah cuba muhasabah diri. Allah uji sebab tahu hamba Dia mampu hadapi. Cerita kat Sayidah, then dia pun cam risau. Sebab dah selalu sangat. So, dia suruh search kat internet pasal senggugut ni. Thanks for your caring, Sayid.


Search punya search, akhirnya jumpa.

Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Sementara senggugut Senggugut sekundari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama--muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid--adalah mengganggu.  Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk
  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot
Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.

Faktor lain yang menyumbang kepada sakit senggugut adalah 
1. diet berlemak, rendah protein dan rendah serat.
2. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan senggugut. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami senggugut berbanding yang tidak merokok. 
3.Rehat yang tidak mencukupi.
4.tekanan tinggi di tempat kerja serta sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan anda dan seterusnya mengakibatkan senggugut.

Namun jangan dianggap remeh jika anda mengalami sakit senggugut yang teruk.
Ia mungkin petanda kepada sakit yang yang lebih kronik.




"Jangan pandang ringan senggugut atau sakit ketika haid, sama ada masih gadis atau wanita belum kahwin. Jika sudah kahwin pun masih lagi ada senggugut , ini munkin menandakan adanya penyakit endometriosis."

Sesiapa yang mengalami senggugut, sukar hamil atau sering gugur, perlu jumpa pakar sakitpuan utuk pemeriksaan dan scanning. Jika ada retroverted uterus, kemungkinan besar dia ada penyakit endometriosis. Bedah laproscopy adalah sangat penting untuk mengsahkan dan seterusnya merawat penyakit endometriosis, Kedudukan rarahim yg retroverted perlu diperbetulkan waktu laparoscopy , jika ada cyst . ia perlu dibuang, jika saluran sumbat perlu dibetulkan dengan 'tubal repair' dan jika ada adhesion perlu lakukan 'adhesionolysis' semuanya dilakukan sekali gus.

Takutnya huaaaa. Nak nangis pun ada dah ni. Kena buat check up ni. 


"Know that, Allah has a purpose for your pain, a reason for your struggle and reward for your faithfulness."


Credit to wikipedia, azlinahamdan



Sekian, hamba hina, penuh dosa.



Comments

Post a Comment

A few nice words can help a person more than you think.

Popular Posts