Thanks. High School.







Assalamualaikum dunia haluu haluu !

yeayyy SPM dah habis, boleh update banyak2 entri kat blog xDD

Bercakap pasal SPM, oh ye, Qillah budak Ekonomi Asas so that's why habis 2 Disember haritu. Agak lambatlah drpd bebudak Akaun+Addmath dgn bebudak Science Stream. Tapi ok lah, bersyukur juga habis tak berapa nk lambat sgt compare dgn yg amik sastera, science sport semua tuh. Lagi kesian huaaa.

Gaiss, Qillah dah habis form 5. Percaya tak, percaya tak? Ya Allah, sumpah tak menyangka giler. Teringat balik taim mula2 jejakkan kaki kat sch Qillah. Dengan duduk asrama pulak. Masa form 1 dulu pernah rasa give up gila nak teruskan persekolahan kat sch Qillah tu. Yelah, mana taknya, jauh dr rumah, asik nangis rindu umi ayah. Pahtu takde kawan. Serious taim tuh comot sebab asik nangis, nangis dan terus nangis. Umi ayah tak habis2 pesan suruh kuat. Adatlah tu. "Takyah ikutkan sangat perasaan". kata Umi. Then Qillah bertahan. Naik pulak ke form 2. Taim ni lagi dahsyat. Well, zaman ni zaman bebudak baru nak up or nama singkatan dia BBNU ewahhh. Qillah tak terkecuali drpd mengalami kejutan budaya ini. Nakal juga lah perangai taim nih. Masa dh nak dekat hujung tahun, tah macamne boleh pulak ada krisis dgn form 5. Gila kau, rasa stress gila sampai dah taknak ngadap sch, asrama dan yg berkaitan dgnnya. Nangis lagi huaaaaaaaa. Dalam hati tak habis2 mintak cepatlah akhir tahun, taknak jumpa form 5 dah. (emosi terganggu pehh)
Kemudian, naik pulak ke form 3. Wahh nak PMR taim nih. Umi tak habis2 cakap suruh baca buku, jgn main je. Exam besar kan hoyehhh. Zaman ni perangai pun dah mula bertamadun sikit. Cg pun garang2, so semangat nak belajar tu mcm boleh lah haha. Senior pun baik sangat ya Rabbi. Tu yg kamcheng huishh. Acah2 senior junior tiada beza. Dan akhir tahun menjelma, PMR pun berlangsung. Masa nak amik result, gabra dia kau jangan cakap. Qillah punya nervous tuh mujur tak mcm org parkinson dalam bilik guru. Then ya Allah, tertera atas slip 9A. Tak percaya weh tak percaya. Qillah target 7A and below je. Hmm menangis lagi.
Melangkah pula ke zaman form 4. Masa ni semangat pudar sebab gang Qillah semua pindah. Pandai kan, so taknak ahh stay. Qillah takdapat pindah sebab umi ayah prefer Qillah stay je kat sch tu. Takut nanti pindah sch lain, susah nk survive diri. Sedih bila tahu satu persatu org yang kau rapat tak bersama dgn kau untuk 2 tahun seterusnya. Qillah asalnya kelas addmath, tapi mintak tukar kelas Ekonomi, sebab tak minat lah. Oh ye, tahun ni pulak ade exam besar juga. SMA (sekolah agama kan.) Banyak masa spent untuk menghafal lah. Hafal, hafal, hafal, hafal, prung prang prung prang akhirnya exam.
Masuk form 5, awal tahun keluar result SMA. Guess what, Qillah dapat ممتاز. Haah pangkat yg paling tinggi lah tu. Alhamdulillah. Nangis lagi tsk tsk tsk. Ok tahun ni dah mula struggle gila2 sebab nak SPM. taim ni jugak hubungan satu kelas Ekonomi yang hanya terdiri daripada 6 orang lelaki dan 20 orang perempuan jadi makin rapat. Barulah hargai friendship, kalau tak dulu main campak2 je. Taim ni sibuk gila kot. Handle amal islami, sukan, usrah, program asrama huishh. Acah yb kan. Dan akhirnya, SPM.  Sekarang pun SPM dah habis huwaaaaaa.



Jujur lah. Zaman form 5 lah zaman yang paling banyak kenangan tahi ayam masam manis yang semua manusia sejagat pernah peroleh. Including me. Rasa nak menangis hiba pun ada. Lepas ni mesti rindu dah nak makan sesama kat meja kantin, tido dalam kelas taim cg tak masuk, nyanyi lagu  Negaraku sama-sama, lagu asrama, open table cerita pasal mak org ni, nasi lemak makcik ni, gosip Azwan Ali haha. Rindu wehh rindu lahh nanti. Sekarang ni pun terasa dah rindu dia. Hmm, takde dah nak pakai uniform sch yg kain warna hijau tuh. Sibuk jahit nametag dgn badge sch kat tudung, takut Cg Mala cubit haha. Aigoo, itulah. RINDU .


Mujur sempat rakam momen bersama buat kenang-kenangan di hari tua hmmm. Agak cam rindu sikit, boleh kita tgk gmbr xDDD



Penghuni kelas Ekonomi. Tapi dalam ni ade beberapa ketul yg takde. Rushing nak balik hmm takpe takpe.



Menyempatkan juga diri utk tarik Cg Sejarah kesayangan bergambar dgn kami. Cg ni brutal wehh, siapa tak siap kerja dia memang kene pijak lah.


  
Sebab dah habis SPM kan, tu yg pakat campak kertas tinggi2 tuh.



Oleh kerana Inche Abang tak pegang kertas, dorang diwajibkan untuk melompat. Macam katak sikit.




Gaiss, Qillah doakan semoga kita semua berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Usaha dah, jawab exam pun dah, so mari kita tawakkal. In sha Allah, kejayaan milik kita bersama.



"Never say goodbye, because saying goodbye means going away and going away means forgetting"
-Peter Pan-

Sekian, salam sayang.


Comments

Popular Posts